Laman

Kamis, 28 Maret 2013

ST12 Tak Menciplak Karya Orang



ST12 - Band Indonesia yang semakin popular menerusi lagu “Putih-putih Melati” menepis dakwaan mengatakan kononnya mereka telah menciplak lagu tersebut daripada lagu rakyat kanak-kanak di Malaysia.
Lagu Putih Putih Melati merupakan single pertama mereka yang dimuatkan album Lantera Hati itu mendapat respon positif peminat dan video muziknya di laman YouTube kini mencecah lebih sejuta tontonan.
Menurut Pepep selaku penulis lirik dan ahli lama kumpulan ST12 berkata, mereka bukan ciplak lagu tersebut tapi cuma menjadikan lagu itu sebagai inspirasi untuk berkarya.
“Ianya bukanlah diciplak tetapi hanya seakan-akan lagu rakyat sahaja. Jika kami menciplaknya bermakna kami telah melanggar peraturan hak cipta.
“Lagipun buat masa ini kita lihat anak-anak kecil ramai yang menyanyikan lagu-lagu cinta orang dewasa, jadi untuk bawa anak-anak ini ke arah yang lebih positif, kita cipta lagu ini agar anak-anak dapat nyanyikan semula lagu tersebut. Kalau boleh, nak mereka sedar yang suatu ketika dulu kita ada lagu rakyat seperti ini,” ujarnya.
Jelasnya lagi, mengapa lirik lagu tersebut terlalu pendek dan sering mengulang lirik yang sama itu adalah salah satu strategi yang ingin diketengahkan oleh kumpulan mereka.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar