Laman

Kamis, 28 Maret 2013

ST12 Optimis Kembali Berjaya Dengan Formasi Baru



BERITA perpecahan band terkenal Indonesia, ST12 memang mengejutkan peminat-peminatnya. Setelah empat tahun menyepi, akhirnya, ST12 kembali dengan tiga ahli baru dengan mengekalkan seorang saja ahli lama, Pepep atau nama sebenarnya Ilham Febry.
Setelah vokalis dan pemain gitar asal ST12, Charly serta Dedy Sudrajat mengundur diri, Pepep meneruskan perjuangan ST12 dan kembali dengan album Lentera Hati. Kini, ST12 dianggotai Pepep, Ridho Tuah, Koko dan Indra.

Ceritakan sedikit tujuan kedatangan ST12 ke Malaysia kali ini ?
ST12: Ini merupakan salah satu bentuk program yang dibuat oleh Rumpun Records dan Universal Music, program promo selama seminggu. Kami tiba di Malaysia Isnin lalu. Ada promo radio, TV, sidang media, sesi temu peminat, ada showcase dan mungkin ada penggambaran klip video di sini untuk single-single yang lain. Jadi, kedatangan kali ini sangat padat dengan aktiviti.
Cerita sedikit tentang album kelima ST12 ?
ST12: Album kelima ini bertajuk Lentera Hati dengan hit single  adalah Putih Putih Melati. Ini saya persembahkan memang ada satu pemikiran bahawa saya sangat prihatin dengan penciptaan karya. Maksudnya, begitu hilangnya lagu-lagu rakyat dan lagu zaman kanak-kanak dulu. Rasanya kurang sesuai apabila kanak-kanak menyanyikan lagu cinta orang dewasa. Jadi saya mahu mengimbau agar kita sebagai ahli muzik boleh menciptakan atau mengingatkan kembali lagu-lagu itu, agar mereka juga boleh mengingatnya kembali.
Semua lagu yang dimuatkan dalam album ini diciptakan sepenuhnya oleh Pepep sendiri ?
Pepep: Ya. Alhamdulillah.
Putih-Putih Melati berjaya mendapat tempat di hati peminat. Apa cerita di sebalik lagu tersebut ?
PEPEP: Saya mendapat inspirasi daripada anak perempuan saya, yang tanpa sengaja dia menyanyikan lagu itu ketika saya berada dalam bilik yang lain. Saya mendengar dari jauh dan saya fikir lagu itu mantap juga tetapi saya mencuba untuk menggarap lagu ini dengan cara ST12, versi ST12.
Lagu Putih Putih Melati itu dikatakan ‘kedekut’ lirik kerana liriknya pendek dan hanya ada tiga rangkap. Apa komen Pepep sebagai pencipta lagu itu ?
PEPEP: Saya mempunyai strategi khusus. Saya ada ramuan khusus sebenarnya. Empat album ST12, sudah kami lancarkan. Album demi album, saya melihat strategi pasar dan strategi jualan. Bagaimana menciptakan satu karya muzik yang boleh dinikmati.
Pertama, kenapa saya buat lirik lagu itu pendek? Kerana saya mahu pendengar mengulang-ulang lagunya, sehingga mereka boleh tahu. Semakin lama, mereka tak sedar bahawa mereka sudah ‘diracuni’. Maksudnya mereka terperangkap dalam lagu itu kerana dia cuba untuk mengulang lagu itu. Akhirnya, mereka masuk dalam notasi lagu tersebut.
Kedua, strategi Pepep dan kawan-kawan juga. Jujur, saya begitu prihatin dengan nasib kanak-kanak menyanyi lagu cinta orang dewasa. Mana lagu anak-anak kita dahulu? Saya mahu mengingatkan kembali kepada mereka bahawa Asia ini mempunyai karakter atau budaya yang baik. Tak semua lagu Barat boleh dicerna dengan baik. Saya juga mahu memberikan yang terbaik agar lagu ini boleh dinikmati oleh semua peringkat umur. Untuk mendengar lagu Putih Putih Melati, tidak perlu mempunyai intelektual yang tinggi, kerana lagu itu sudah merupakan lagu rakyat.
Jadi benar Pepep mengambil lagu itu daripada lagu rakyat ?
PEPEP: Istilahnya bukan mengambil. Kalau mengambil itu saya boleh dihukum kerana menciplak. Tapi saya tidak mengambil. Saya menginspirasikan daripada lagu rakyat. Tak ada urut ulang kalau ada bererti ‘repackage’. Saya perlu minta izin daripada penyanyi yang asli. Tapi tidak, kerana memang peraturannya begitu. Notasinya juga berbeza dari lagu asal.
Ahli ST12 semua muka baru. Hanya Pepep yang kekal sebagai ahli lama. Mungkin boleh perkenalkan mereka kepada kami ?
PEPEP: Ini formasi terbaru daripada ST12.
KOKO: Saya Koko bermain gitar.
INDRA: Saya Indra bermain bass.
RIDHO : Saya Ridho, vokalis.
ST12 sudah pun menemui vokalis baru setelah beberapa tahun mencari pengganti Charly. Untuk menggantikan tempat Charly yang diketahui keunikan suaranya. Bagaimana perasaan Ridho menggalas tugas itu ?
RIDHO: Mungkin kalau dikatakan beban (ganti Charly) itu ada. Tekanan juga ada. Gembira juga ada. Tetapi saya tak terlalu memikirkan. Saya bakal membawa nama ST12 dengan lebih baik.  Selalu berkarya bersama ST12 untuk memberikan sesuatu yang berbeda daripada formasi lama kepada peminat di mana pun mereka berada.
Dalam album menunjukkan Pepep dan Ridho sahaja sebagai ST12. Tetapi hari ini, ST12 turut dianggotai Indra dan Koko juga. Jadi, bagaimana posisi mereka dalam ST12 sebenarnya ?
ST12: Awalnya, cuma saya dan Ridho. Sebenarnya, mereka juga sudah cuba untuk menyertai ST12, tetapi kerana di Indonesia mereka juga mempunyai band yang ada kontrak, tapi pada masa itu kami sudah harus sesegera mungkin menyiapkan album ST12. Jadi, saya kata pada mereka, uruskan dulu. Selesaikan segala yang berkait dengan hukum. Selepas itu, baru kita boleh bergabung. Saat mereka sedang menyelesaikan perkara itu, kami sudah menandatangani kontrak dan membuat album. Mungkin Insya-ALLAH, album berikutnya kami akan sama-sama munculkan formasi berempat ini.
Seperti yang diketahui, pada tahun 2011, ST12 mula berpecah. Mungkin Pepep boleh kongsikan apa sebenarnya yang berlaku ?
PEPEP: Sebenarnya tidak ada masalah kerana semua berjalan dengan semula jadi. Saya percaya bahawa Allah sudah mengatur segala sesuatu di muka bumi ini. Saya tak pernah mahu menyalahkan siapa yang salah, siapa yang betul. Tetapi yang pasti sekarang, ‘let it flow’. Hidup mesti diteruskan.  Kita jalan terus, berkarya terus, kita berjuang terus. Mana yang kita boleh bergabung, mari. Mana yang boleh kita perjuangkan, mari. Kalau tak mahu berjuang, silakan keluar. Kita adil saja.
Selalunya apabila ahli band itu seorang demi seorang keluar, akhirnya band itu akan berpecah. Tetapi kenapa Pepep masih meneruskan dengan ahli baru ?
PEPEP : Jawabannya cuma satu. Demi peminat. Secara jujur, saya mahu berehat dari industri muzik, tapi saya masih perjuangkannya kerana peminat. Tanpa peminat, kami juga tak boleh buat apa-apa. Siapa pun band yang meletup, tanpa peminat, mereka tak boleh pergi jauh. Jadi, kami masih berjuang sampai sekarang pun kerana peminat. Jadi, apa yang kami lakukan hari ini, semuanya kerana peminat.
Bagaimana penerimaan peminat terhadap ST12 dengan ahli baru?
ST12: Saya bersyukur. Dulu pun saya bersyukur. Mensyukuri dengan apa yang saya lakukan atau saya kerjakan. Prestasi yang ST12 dapat sekarang dengan lagu Putih Putih Melati yang orang kata di Malaysia cukup dikenal, meletup, ramai yang tahu lagu ini, saya hanya mengatakan, alhamdulillah. Maksudnya, usaha dan kerja kita boleh diterima di sini. Kami bersyukur dan terima kasih buat peminat-peminat di Malaysia. Jangan segan-segan untuk memberikan kritik dan saran, juga doanya kerana kami bukan band hebat tanpa mereka, kami bukan band yang super. Jadi, tetap doakan kami, berikan input buat kami agar kami boleh terus hasilkan karya muzik yang lebih baik lagi.

Penerimaan peminat di Indonesia dengan vokalis baru pula?
PEPEP: Kami memang tak mungkiri bahawa suara Charly sudah mengisi empat album di ST12, tetapi bukan bererti, karakter daripada sebuah band itu boleh menghilang. Artinya, memang menjadi satu kesatuan yang kukuh. Justeru, kami ada satu perbezaan yang sangat signifikan dari ST12 sekarang. Saya tak mungkin mencari seorang vokalis seperti Charly kerana dia hanya satu-satunya di dunia. Tidak ada manusia di dunia ini yang sama. Kalau nak mencari karakter seperi Charly, sangat tidak ada. 
Sekarang saya mengubah konsep yang lebih segar dengan karakter... teknik yang lebih segar, moden dan progresif. Makanya, saya mengambil Ridho setelah diadakan melebihi 500 uji bakat. Di Indonesia sendiri, kami sedang mengambil pendekatan untuk mengadakan promosi. Di Malaysia, sudah yang terbaik, saya kata. Tapi yang pasti alhamdulillah bahawa Ridho boleh memberikan sesuatu yang baik di album ini. Juga memberikan sesuatu yang positif untuk ST12 dan juga peminat-peminatnya. Alhamdulillah kami menerima respon yang positif serta sokongan daripada ahli muzik dan peminat-peminat.
Agak-agaknya, apa faktor yang membuatkan ST12 diterima di Malaysia dan negara-negara lain ?
ST12: Kami berusaha untuk menciptakan suatu karya muzik yang ‘easy listening’ yang ringan, mudah dicerna dan tak perlu bahasa yang terlalu dalam. Ada kalanya kami membuat konsep muzik yang dalam, ada kalanya juga konsep yang ringan. Indonesia, Malaysia, Brunei atau bandar-bandar tetangga di Asia merupakan satu rumpun yang dari segi bahasa tidak jauh berbeza, jadi, itu juga merupakan satu kemudahan buat kita bagi menciptakan strategi-strategi yang baik untuk membuat karya muzik di ST12.
Rasanya-rasanya di Malaysia, ST12 dah popular tak ?
ST12: Alhamdulillah, saya selalu kata pada diri sendiri, kawan-kawan, seorang yang tahu ST12, seribu orang yang tahu ST12, bagi kami, kami tetap bersyukur. Maksudnya, kami cuba memberikan yang terbaik. Kami tak pernah mengharapkan yang besar-besar. Selalu kami tahu bahawa manusia tak pernah puas.  Jadi, tak ada habisnya. Lebih baik kita bersyukur. Jangan pernah menganggap bahawa kita terkenal tapi selalu menciptakan karya-karya terbaik yang secara tak langsung akan menghantarkan populariti itu secara sendiri.
Apa perancangan ST12 setelah kembali dalam industri seni ?
ST12: Untuk 2013, kita sudah lihat hasilnya. Beginilah. Sudah boleh lihat sendiri perkembangannya, sudah boleh dengar sendiri. Untuk 2014, kami berharap, lebih daripada ini, itu sasaran. Tapi saya haraplah.
Ada tak rancang untuk berkolaborasi dengan artis di Malaysia?
PEPEP: Ada tak untuk kolaborasi?
INDRA: Ada. Dengan Iklim. Saleem.
PEPEP: Ya Saleem.
INDRA: Sudah tentu kami tahu lagu-lagu Saleem.

ST12 Tak Menciplak Karya Orang



ST12 - Band Indonesia yang semakin popular menerusi lagu “Putih-putih Melati” menepis dakwaan mengatakan kononnya mereka telah menciplak lagu tersebut daripada lagu rakyat kanak-kanak di Malaysia.
Lagu Putih Putih Melati merupakan single pertama mereka yang dimuatkan album Lantera Hati itu mendapat respon positif peminat dan video muziknya di laman YouTube kini mencecah lebih sejuta tontonan.
Menurut Pepep selaku penulis lirik dan ahli lama kumpulan ST12 berkata, mereka bukan ciplak lagu tersebut tapi cuma menjadikan lagu itu sebagai inspirasi untuk berkarya.
“Ianya bukanlah diciplak tetapi hanya seakan-akan lagu rakyat sahaja. Jika kami menciplaknya bermakna kami telah melanggar peraturan hak cipta.
“Lagipun buat masa ini kita lihat anak-anak kecil ramai yang menyanyikan lagu-lagu cinta orang dewasa, jadi untuk bawa anak-anak ini ke arah yang lebih positif, kita cipta lagu ini agar anak-anak dapat nyanyikan semula lagu tersebut. Kalau boleh, nak mereka sedar yang suatu ketika dulu kita ada lagu rakyat seperti ini,” ujarnya.
Jelasnya lagi, mengapa lirik lagu tersebut terlalu pendek dan sering mengulang lirik yang sama itu adalah salah satu strategi yang ingin diketengahkan oleh kumpulan mereka.

Senin, 11 Maret 2013

ST12 Bangkit Lewat Video Klip Baru, “Putih-Putih Melati”




Jakarta - Setelah sempat vakum karena ditinggal dua personelnya Charly (vokal) dan Pepeng (gitar), grup band ST12 muncul lagi. Personel yang tersisa, Pepep (drum), meluncurkan video klip terbaru berjudul Putih-Putih Melati, bersama vokalis baru, Ridho Tuah.
"Video klip ini bercerita tentang seorang wanita yang diumpamakan tidak seperti bunga melati yang melambangkan kesucian. Lagu ini diciptakan dan diaransemen oleh aku sendiri," kata Pepep, sang drummer ST12 beberapa waktu lalu.

Hadir dengan vokalis baru, Pepep mengungkapkan di lagu berdurasi 2 menit 32 detik ST12 tidak meninggalkan cengkok vokalis lama. Ia menilai, Ridho memiliki karakter vokal melayu kuat seperti pendahulunya. "Yang ini lebih fresh, easy listening dan mudah dinyanyikan. Vokalnya melayu, asli orang Riau, usianya masih 18 tahun," kata Pepep.

Untuk syuting video klip Putih-Putih Melati, ST12 mengambil lokasi di Lembang, Bandung, Jawa Barat. Video klip yang sudah diluncurkan sejak, Rabu (6/3) itu, diperankan oleh Pepep sendiri sebagai talentutama. Ia berpasangan dengan seorang model perempuan.
"Iya, biasanya vokalis yang jadi talent utama. Tapi kali ini aku. Ini sebagai penyegaran saja. Ke depan, vokalis yang jadi talent utama. Tapi di lagu ini aku juga kan menyumbangkan suara untuk bernyanyi. Konsepnya, aku bercerita sebagai seorang petugas hukum yang melakukan sebuah penggerebekan," kata Pepep.